Monday, 21 May 2012

BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri
    -    menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
    -    usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
    -    usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.

2. Mengambil alih
    -    membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
    -    perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
    -    pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.

3. Warisan
    -    mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store

4. Francais
    -    hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
    -    Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
    -    Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
    -    Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
    -    sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi syarat.
    -    Contoh Marrybrown, England Optical

5. Diundang
    -    usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
-    dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

1.       Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
2.       Memastikan modal mencukupi
3.       Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan
berpotensi maju.
4.       Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan
seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
5.       Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa,
kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan
kuasa beli penduduk.
6.       Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
7.       Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang
strategi menghadapinya.


PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1. Pengurusan stok
-    stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa
akan datang
-    pengurusan stok melibatkan aspek:
       a.       Mendapatkan bekalan stok
       b.       Memeriksa stok
       c.       Merekod stok
       d.       Menyimpan dan mengawal stok
       e.       Memperaga stok

2. Pengurusan kewangan
-    melibatkan:
  1. Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
  2. Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan - dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih serta mencari pulangan modal
  3. Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan    meningkatkan prestasi perniagaan.- kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat,   tingkatkan promosi.

3. Pengurusan sumber manusia
  1. Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan latihan kemahiran
  2. Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempat penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan  riadah dan ibadat.
  3. Mewujudkan  hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara pekerja dan majikan.
  4. Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja  seperti Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan Ordinan KWSP 1955.

4.  Pengurusan masa
-usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.

5.  Pengurusan pelanggan
- melibatkan 3aspek:
  • Memahami sifat pelanggan
  • Mengenalpasti jenis pelanggan
  • Mengetahui cara melayan pelanggan.

6.  Pengurusan risiko
- ada tiga jenis risiko
  •  Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat diramalkan seperti kebakaran
  •  Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan secara statistik dan kadar premium tidak dapat ditentukan
  • Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti
     kerugian yang  berpunca spekulasi pelaburan.
                                
7.  Pengurusan maklumat
-        maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi    menjamin keberkesanan pengurusan.
          -        pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu
pengurusan maklumat dengan cekap.

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

1.       MILIKAN TUNGGAL

-        perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya
-        dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik
-        pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
-        keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.

Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
- Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965

a.    Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b.    Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
c.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan - Borang D



2.       PERKONGSIAN

  1. - perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang
  2. - pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah
  3.   Akta Perkongsian 1961
  4. - ada tiga jenis rakan kongsi
  • Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktifdalam perniagaan 
  • Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak terlibat dalam perniagaan.
  • Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal tetapi membenarkan nama disenaraikan sebagai salah seorang pemilik.
-  semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
-  agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
-  keuntungan perkongsian tertakluk  kepada cukai pendapatan perseorangan.
  
Cara Menubuhkan Perkongsian 
-     sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi Borang A - Halaman 3
a.       Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b.       Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
c.       Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan

  1. SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
  • mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham
  • perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.
  • semua pemilik menanggung liabiliti terhad
  • saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham dibuat dengan persetujuan ahli
  • syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan pemegang saham syarikat itu.
  • keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam
  • bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.


          Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
          - ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965 
a.       Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
b.       Permohonan untuk mendaftar syarikat  dengan mengemukakan:
 i.        Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta penubuhan  syarikat
 ii.       Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur pengurusan dalam syarikat.
 iii.      Borang 6 (Perakuan Pematuhan
 iv.      Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
 v.       Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantika sebagai setiausaha
c.       Serahan dokumen
d.       Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan  pemerbadanan syarikat - Borang D

  1. SYARIKAT AWAM BERHAD
  • perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
  • saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik melalui bursa saham.
  • pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.
  • pemegang saham menanggung  liabiliti terha disenaraikan di bursa saham
  • Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah yang dilantik .
  • Pemegang syer  yang memiliki lebih 51% akan menguasai
  • Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat
  • ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham
  •  Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai setiap tahun.
  • cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.

 Cara menubuhkan Syarikat Awam Berhad
sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
  1. Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15 Akta Syarikat 1965
  2.  Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
  3.  Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti
  4.  berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.
  5.  Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
  6.  Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer
  7. dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan
  8.  Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar Syarikat.

  1. KOPERASI 
 Prinsip koperasi:
  • keanggotaan secara sukarela dan terbuka
  • kawalan secara demokratik oleh anggota
  • kebebasan dan autonomi
  • penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran maklumat koperasi
  • perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.

  1. berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan kebajikan anggotanya
  2. jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank, koperasi  pengguna. contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
  3. pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang
  4. syer ialah 100 dan tiada had maksimum.
  5. setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
  6.  koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
  7. liabiliti terhad
  8. koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa mesyuarat agung.
  9. Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebaga simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki diagih dalam bentuk dividen.
  10. Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.
  11. Koperasi dikecualikan cukai
Cara menubuhkan koperasi:
a.    Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
b.    Menubuhkan jawatankuasa penaja
c.    Mengadakan mesyuarat agung
d.    Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri.
e.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.


 
  1. PERBADANAN AWAM
  • ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.
  • ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan.
  • -Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.

  1. PENSWASTAAN
  • merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan, kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
  • sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Tujuan :
a.    Mengurangkan beban kewangan kerajaan
b.    Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
c.    Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
d.    Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap
e.    Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat

BAB 5 : INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA


Syarikat perkilangan dengan jualan tunai tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

CIRI-CIRI

  1. Mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sektor pembuatan makanan.
  2. Organisasi mudah, diasaskan oleh keluarga dan pekerja adalah ahli keluarga dan penduduk setempat/jiran.
     3.  Modal terhad menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh. MARA
          dan MIDF memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan kredit
          daripada institusi kewangan.
  1. Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.
  1. Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, menggunakan mesin terpakai untuk menjimatkan kos

KEGIATAN IKS

  1. Industri berasaskan sumber
-          berasaskan bahan mentah yang terdapat di kawasan operasi.
-          seperti rotan dan kayu dalam kegiatan membuat perabot.

  1. Industri berasaskan logam
-          melibatkan kepakaran dan teknologi berkaitan kimpalan,
faundari dan mesin bagi menghasilkan barang logam, komponen jentera seperti membuat alat ganti jentera.

  1. Industri berasaskan plastik
-          menghasilkan barang pengguna berasaskan sumber bahan
mentah industri petrokimia seperti menghasilkan bekas plastik.

  1. Industri komponen automatif
-          IKS membekalkan komponen automotif kepada industri membuat kenderaan  seperti lampu kereta, kusyen dll setelah mendapat bimbingan, kepakaran dan bantuan teknologi.

  1. Industri komponen elektrik dan elektronik
-          Syarikat besar memberi hak kepada IKS untuk mengeluarkan
komponen elektronik yang kecil seperti suis, wayar dll
setelah  dibimbing dan dibantu dari segi kepakaran dan modal.


  1. Industri pemprosesan makanan
-          pemprosesan makanan awet, minuman, biskut dll


  1. Industri kimia
-          keluaran petroleum, petrokimia, kimia bukan organik, oleokimia
    

  1. Industri farmaseutikal
-          pengeluaran ubat-ubatan dan bahan aktif untuk rawatan
     penyakit seperti malaria.

KEPENTINGAN IKS

1. Sumbangan kepada masyarakat

    a.   Peluang menceburi bidang perusahaan
    b.   Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti
    c.   Peluang pekerjaan
    d.   Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

2. Sumbangan kepada negara

    a.   Mengurangkan pengangguran
    b.   Meningkatkan tabungan dalam ekonomi
    c.   Pengagihan pendapatan negara lebih adil kerana IKS menawarkan
          upah yang lebih tinggi kepada pekerja kurang mahir.
    d.   Menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja
    e.   Mengukuhkan struktur asas industri negara melalui hubung jalin
          dan pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa.
    f.    Mengurangkan import barang pengguna.

KAITAN IKS DENGAN INDUSTRI BERAT

1. Pemasaran Bersepadu (Konsep Payung)

    -   Hampir 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar seperti
          membekalkan   barang  siap dan separa siap.
    -   Industri kereta memperolehi komponen seperti bateri, pintu,
         kusyen dll melalui IKS.
    -    Melalui pemasaran bersepadu, IKS memperolehi pasaran terjamin
         melalui kontrak kerajaan/pasaran terbuka dan bayaran segera.
    -    Faedah yang diperolehi ialah menambahkan modal perniagaan,
         peluang pekerjaan, pengembangan perniagaan, pengurusan lancar
         serta mutu dan kuantiti barang ditingkatkan.

2. Pengaturan Kontrak Khas

    -    bermaksud mengikat perjanjian antara firma kecil dengan firma
          besar dimana firma kecil berjanji membekalkan keluaran mereka
          mengikut syarat dan kriteria ditetapkan.
    -    Manfaat diperolehi ialah jaminan pasaran keluaran, keluaran dan
          keuntungan dapat ditingkatkan dan mendapat pembiayaan daripada
          firma yang membeli.


3. Subkontrak
    -     melibatkan perpindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran
daripada syarikat besar kepada IKS mengikut syarat dan
kriteria ditetapkan.
    -    Contoh komponen kereta seperti kusyen dibekalkan oleh IKS 
kepada syarikat kereta.
    -    Manfaat diterima oleh IKS ialah firma besar membiayai
perbelanjaan seperti pembelian bahan mentah, kemudahan kredit
dan jaminan pasaran antarabangsa.
    -    Skim Perniagaan Vendor merupakan contoh subkontrak
di mana pengeluar sesuatu komponen akan membekalkan
keluaran kepada syarikat besar/multinasional.

MASALAH IKS

1. Masalah modal dan pembiayaan
    -    bank kurang berminat memberi pinjaman kerana IKS tiada cagaran
kukuh dan status kewangan IKS diragui.

2. Produktiviti dan teknologi rendah
    -    disebabkan kekurangan tenaga buruh mahir dan tidak mampu
melatih pekerja.

3. Kekurangan bahan mentah
    -    disebabkan bahan mentah tidak mencukupi atau tiada di pasaran.
    -    IKS membayar harga bahan mentah lebih tinggi daripada industri besar.   
    -    tidak mempunyai modal yang cukup untuk simpanan stok.

4. Masalah pasaran
    -    kekurangan modal menghadkan kemampuan memasarkan produk.
    -    kekurangan kepakaran dalam pemasaran dan kualiti barang rendah.

5. Masalah pengurusan
     -   pengurusan tidak cekap, teknologi ketinggalan zaman, kurang
inovasi menghalang perkembangan IKS

6. Masalah lokasi
-    tiada kemudahan asas mencukupi di tempat operasi dan ada beroperasi
     di belakang rumah.

7. Hubung jalin dengan industri berat
    -    kegagalan memenuhi kontrak atau tidak mendapat subkontrak
kerana kualiti barang dan produktiviti rendah menjejaskan hubungan IKS
dengan industri besar

CARA MENGATASI IKS

1. Program Rantaian Industri (ILP)
-    Program Pembangunan Vendor diperkenalkan untuk membekalkan komponen kritikal kepada syarikat besar.

2. Program penyelidikan dan pembangunan
    -    SIRIM, MARDI dan MPOB membantu IKS mencapai piawaian yang tinggi.
                                      
3. Program pembangunan infrastruktur
    -    PKEN, MIEL, UDA dan MARA menyediakan kemudahan infrastruktur
seperti taman perindustrian dan unit kilang.

4. Program pembangunan dan peningkatan kemahiran
    -    NPC, MARA, MEDEC dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil
(SMIDEC) membantu meningkatkan kemahiran pekerja melalui latihan,
seminar, bimbingan kerja dan pengurusan.

5. Pembangunan pemasaran
    -    MATRADE membantu IKS menembusi pasaran eksport dan
          menjadi pembekal global melalui ekspo, pameran, lawatan perniagaan dll.

6. Program bantuan kewangan
    -    Bank perdagangan dan MARA merupakan sumber kredit IKS.
    -    CGC menyediakan jaminan kepada peminjam.
    -    Pakej kewangan untuk IKS (PAKSI)  yang dilancarkan oleh
SMIDEC menyediakan kemudahan pinjaman dalam bentuk soft loan.

BAB 4 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA.


  1. Maksud Perniagaan Antarabangsa.

  • kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
  • ia terdiri daripada tiga cabang utama iaitu import, eksport dan entrepot.
  • Ketiga-tiga dikategorikan kepada dua jenis iaitu nyata dan tak nyata.

  1. Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa.

-     Perbezaan sumber alam semulajadi.
·         sumber alam, jenis iklim dan tanah yang dikurniakan berbeza
·         sebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan olehnya

-          Perbezaan kos pengeluaran.
·         sebuah negara menumpu kepada pengeluaran barang yang dihasilkan dengan kos paling minima berbanding negara lain. 
·         barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif akan diimport

-          Perbezaan tingkat teknologi
·         Tingkat teknologi yang tinggi membolehkan proses pengeluaran dilakukan dengan kos lebih rendah dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

-          Hubungan antarabangsa.
·         interaksi antara negara mewujudkan kehendak serentak antara pembeli dan penjual.
·         hubungan diplomatik mewujudkan perniagaan antara negara-negara di dunia

  1. Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Kepada Pengguna, Pengeluar dan Negara

-          Kepentingan Kepada Pengguna

·         Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
- sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang untuk  
  memenuhi  keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad.
- Barang yang tidak ada dalam negara perlu diimport.

·         Mempelbagaikan pilihan pengguna.

- Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza.
- Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis barangan di  
  pasaran.

·         Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.

- Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan diamalkan dan pengeluaran skala besar dijalankan.
- Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih rendah.
- Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang mendorong pengeluar tempatan 
- meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.
- Pengguna dapat menikmati barang berkualiti tinggi pada tahap harga yang rendah.

·         Meningkatkan taraf hidup.

- ia dapat memenuhi kehendak pengguna
- mempelbagaikan pilihan pengguna
- menikmati barang berkualiti pada harga rendah
- menikmati keselesaan hidup daripada barang yang digunakan
- memenuhi cita rasa pengguna

·         Menambahkan peluang pekerjaan.

- perniagaan eksport, import dan entreport memerlukan tenaga kerja yang mencukupi supaya kerja berjalan dengan lancar.

·         Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
- pengguna terdedah kepada pelbagai pertukaran teknologi dan ilmu pengetahuan dari negara lain.

-          Kepentingan Kepada Pengeluar

·         Pasaran yang lebih luas

- kuantiti jualan meningkat dan keuntungan bertambah kerana barangan dapat dieksport ke pasaran dunia yang lebih luas.



·         Pengeluaran berskala besar
- pengeluar mengkhusus dalam pengeluaran yang ada kecekapan dan
  kepakaran
- pengeluar menjalankan pengeluaran besar-besaran kerana pasaran luas
- firma tempatan akan berusaha menurunkan kos pengeluaran,
  meningkatkan keuntungan ,operasi lebih cekap dan efektif, keluaran lebih
  berdaya saing dan mencapai ekonomi bidangan

·         Pertukaran pengetahuan dan teknologi
- hubungan dua hala menggalakkan pertukaran maklumat, pengetahuan dan teknologi
- pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran

·         Lebih banyak sumber bekalan diperoleh
- pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah dengan mudah
- bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat diimport bagi
  membolehkan proses pengeluaran berterusan

·         Menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang
- ekonomi mengikut skel dinikmati kerana pasaran luas.
- kos yang dijimatkan digunakan bagi meningkatkan kualiti barangan

-          Kepentingan Kepada Negara

·         Menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan
- melalui duti kastam ke atas import dan eksport
- cukai pendapatan ke atas keuntungan
- kerajaan menambah peruntukan untuk projek pembangunan negara

·         Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa
- hubungan dua hala yang baik terjalin dalam aspek ekonomi, social, politik,    kebudayaan dan teknologi

·         Mendapat pertukaran asing
- kegiatan eksport menyebabkan mata wang asing mengalir masuk
- pendapatan meningkat dan ekonomi kukuh akibat daripada imbangan dagangan lebihan

·         Mengurangkan pengangguran
- pertumbuhan sektor pembuatan dan perkhidmatan mewujudkan banyak peluang pekerjaan

·         Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan kepakaran
- mengimport bahan mentah dan kepakaran dari negara lain

·         Meningkatkan imbangan pembayaran negara
- penerimaan pembayaran eksport nyata dan tak nyata menyebabkan pengaliran masuk modal
- imbangan pembayaran positif

  1. Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

-          Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

·         Urusniaga yang berasaskan pertukaran
- melibatkan penjual dan pembeli bersetuju bertukar barang
- nilai pertukaran diukur dengan mata wang

·         Matlamat untuk mencari keuntungan
- ganjaran kepada pengusaha perniagaan

·         Memenuhi keperluan dan kehendak manusia
- menerusi proses jual beli

·         Mengamalkan pengkhususan
- guna pendekatan terbaik untuk menikmati ekonomi bidangan

·         Memerlukan faktor-faktor pengeluaran yang sama
- gunakan modal, tanah, buruh dan usahawan untuk beroperasi dengan lancar

·         Memerlukan bantuan perniagaan yang sama
- melibatkan kegiatan mengagih barangan kepada pengguna akhir maka bantuan perniagan digunakan

-          Perbezaan perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa

Perniagaan Dalam Negeri
Perniagaan Antarabangsa
1. ia merangkumi aktiviti borong dan runcit
1. ia merangkumi aktiviti import,
    eksport dan entreport
2. jenis pengangkutan yang biasa
   digunakan ialah kereta api, lori, van
2. jenis pengangkutan yang biasa
   digunakan ialah kapal laut atau  
   kapal terbang
3. tidak wujud banyak sekatan   
    kepada peniaga
3. wujud pelbagai sekatan
    perdagangan antarabangsa   
    seperti tariff, kuota,  embargo
4. Aktivitinya hanya dijalankan
   dalam negeri sahaja

4. Aktivitinya merentasi sempadan
    Negara
5. Melibatkan penggunaan satu jenis
    mata wang saja
5. melibatkan penggunaan
    pelbagai mata wang asing
6. perniagaan ini menghadapi  
    tingkat risiko yang lebih rendah
6. Perniagaan ini menghadapi
    tingkat risiko yang lebih tinggi
7. melibatkan penggunaan
    dokumentasi yang lebih mudah   
    berbanding perniagaan   
    antarabangsa

7. melibatkan penggunaan
    dokumentasi yang lebih rumit


  1. Maksud Perniagaan Import, Eksport dan Entreport

-          Perniagaan import       – membeli barang atau perkhidmatan dari  
                                          negara lain
-          Perniagaan eksport      – menjual barang dan perkhidmatan kepada             
                                          negara lain
-          Perniagaan entreport    – aktiviti mengimport barang dari negara
                                         asing, diproses atau disimpan dan dieksport  
                                          semuala ke negara lain
-          Import nyata               - membeli barang berbentuk fizikal dari negara  
                                         luar
-          Import tak nyata         - membeli perkhidmatan yang ditawarkan oleh
                                         negara luar
-          Eksport nyata              - menjual barang berbentuk fizikal ke negara                                     yang lain
-          Eksport tak nyata         - menjual perkhidmatan yang disediakan oleh
                                         rakyat  tempatan kepada negara luar
-          Untuk meningkatkan nilai barang – peniaga entreport memproses semuala barang import sebelum dieksport

  1. Prosedur Import dan Eksport

-          Prosedur import

1. Mematuhi kehendak undang-undang
Akta Kastam 1967 – mengawal pengimportan jenis barang

2. Membuat pesanan
Inden
·         menghantar surat pesanan kepada pengeksport
·         pengimport dapatkan surat jaminan kredit dari bank atas nama     
·         pengeksport
·         surat kredit dihantar bersama inden
·         pengimport tunggu pengesahan pengeksport

Saluran import
·         secara langsung
·         berhubung terus tanpa orang tengah dengan kemudahan komunikasi dan barang juga dihantar terus kepada pengimport
·         pejabat cawangan       
·         kepunyaan pengeksport terletak di Negara pengimport atau pengeksport
·         ejen import                                                       
·         khusus import barang, dibayar komisen mengikut kuantiti barang diimport
·         saudagar import                                                
·         orang tengah yang mengendalikan hal teknikal untuk menjaga kepentingan pengeksport dan Pengimport
·         lain-lain            
·         ejen pengembara melalui ekspo, pameran dan rombongan perdagangan

3. Menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran
pengimport menunggu ketibaan bil muatan, invois eksport, surat jaminan  
kredit dan bil perintah bayar yang dihantar menerusi bank selepas bayaran  
dibuat


4. Memenuhi keperluan Akta Kawalan Pertukaran Wang Asing 1953
  • bayaran import memenuhi akta
  • bayaran ke luar negara melebihi RM10 000 mesti mendapat persetujuan pihak
  • berkuasa
  • Borang KPW – membeli mata wang asing
  • Borang KPW2-memindahkan mata wang ringgit ke luar Negara

  1. Ketibaan barang import di pelabuhan dan membuat persiapan menerima barang

     i.    syarikat perkapalan hantar notis pemberitahuan kepada pengimport tentang  
    ii.    tarikh ketibaan kapal di pelabuhan

  1. Menuntut barang dan membiayai duti kastam

     i.    bil muatan, lessen import, sijil insurans dan invois eksport disediakan
    ii.    pengimport untuk pihak kastam
   iii.    barang tidak bercukai – pengimport isi borang kemasukan barang percuma
   iv.    barang bercukai – borang kemasukan barang bercukai
    v.    kemasukan untuk kegunaan dalam negeri – bawa keluar barang serta-merta
   vi.    lepas bayar duti kastam
 vii.    kemasukan untuk pergudangan – menangguh bayar cukai – simpan dalam
viii.    gudang berbon

  1. Memeriksa barang dan mengangkut barang keluar dari pelabuhan
     i.    periksa barang pasti tiada kerosakan
    ii.    kerosakan yang tidak tercatat dalam bil muatan – tuntut ganti rugi daripada  
   iii.    syarikat insurans

 1.   Prosedur Eksport

1. Mencari pasaran dengan menjalankan penyelidikan pasaran
- cari bakal pengimport
- tubuhkan pejabat di luar negara

2. Penerima inden dan melaksanakan arahan dalam inden
- penuhi pesanan
- rujuk borang inden – con. Jenis dan kuantiti barang

3. Menempah ruang kargo dalam kapal atau kapal terbang
- tempah melalui ejen
4. Menghantar barang ke pelabuhan
- sediakan barang

5. Mengurus pelbagai prosedur kastam
- mematuhi peraturan kastam
- isi borang dan bayar cukai

6. Menyediakan dokumen berkaitan yang diperlukan
- sediakan dokumen mengeksport – invois consular, bil muatan,
  sijil asal usul

7. Memuatkan barang ke dalam kapal
- dari dermaga/tongkang ke dalam kapal

8. Menuntut bayaran daripada pengimport
- pengeksport sedia bil perintah bayar/kredit berdokumen untuk
       tuntut bayaran

  1. Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa

    • Prosedur kastam dan pelbagai sekatan perniagaan
- setiap Negara berbeza peraturan

    • Penggunaan mata wang yang berlainan
- kadar pertukaran mata wang sentiasa berubah
- menjejaskan untung

    • Penggunaan bahasa yang berlainan
- komunikasi dan dokumen berbeza bahasa

    • Risiko yang tinggi
- barang hilang / rosak dalam perjalanan

    • Cara pembayaran yang berbeza
- cara bayaran merumitkan
- perlu isi borang
- kebenaran kerajaan untuk pindah wang yang banyak

    • Keadaan politik
- peperangan mengganggu – berniaga dengan Iraq

    • Masalah sukatan dan timbangan
- sistem sukatan dan timbangan berbeza di antara negara

    • Dokumentasi yang rumit
- banyak pihak yang terlibat memerlukan penggunaan dokumen yang pelbagai 
    • Standard dan syarat import
- ada negara ketatkan syarat – contoh. Malaysia perlu sijil asal usul barang

    • Kesukaran mendapat maklumat
- terpaksa menjalankan kajian yang kosnya mahal

    • Mengatasi Halangan Perniagaan Antarabangsa

- wujudkan kerjasama perniagaan antara dua negara
- buat promosi di luar negara melalui ejen yang dilantik
- beli insurans untuk melindungi risiko barang yang rosak/hilang
- barang yang dikeluarkan berkualiti
  memenuhi cita rasa/kehendak orang luar
- dapatkan bantuan kerajaan
  pengurangan cukai/bantuan promosi

  1. Dokumen Perniagaan Antarabangsa

·         Dokumen Perniagaan

- Inden       - pesanan bertulis
                    - pengimport kepada pengeksport
                    - inden terbuka – nama pengeluar tidak ditetapkan
                   -inden tertutup – nama pengeluar ditetapkan

- Invois Eksport
                   - menyerupai invois perdagangan dalam negeri
                   - 2 salinan
                   - 1 salinan disertakan bil muatan dihantar kepada
                             pengimport bila barang dikirim
- Invois Konsular
                   - dikeluarkan oleh pengimport
                   - kebenaran membawa masuk barang import oleh
                   pengeksport  
                   - didapati di pejabat konsul/kedutaan negara pengimport
                   - 3 salinan – syarikat perkapalan, pihak konsul, pihak kastam
                   - invois proforma – harga masih tidak ditentukan

- Sijil Asal Usul
          - maklumat negara asal barang
          - dikeluarkan oleh dewan perdagangan/kementerian perniagaan
     - dikeluarkan pengeksport kepada kastam negara pengimport

·         Dokumen Pengangkutan

- Bil Muatan
     - dikeluarkan oleh syarikat perkapalan
     - barang dieksport dengan kapal
     - ditandatangani nakhoda kapal – mengesahkan barang ke kapal
     - ia dokumen hak milik untuk dapat kredit berdokumen dari bank
     - bil kotor – merekod kerosakan
     - bil bersih – barang tiada kerosakan
     - 5 salinan – nakhoda kapal, syarikat perkapalan,
       pengeksport, pengimport

- Bil Udara      
- barang dibawa dengan kapal terbang
     - dikeluarkan oleh syarikat penerbangan
- bukan dokumen hak milik
- fungsi – bukti penerimaan, bukti kontrak, nota makluman,
   nota serahan
- 3 salinan – pengeksport, syarikat penerbangan, pengimport

                   - Nota Perkapalan
                   - dihantar oleh syarikat perkapalan kepada lembaga pelabuhan
                   - tujuan – meminta pihak pelabuhan memunggah barang ke 
                      dalam kapal yang dinamakan  

·         Dokumen Insurans

- Polisi Insurans
     - dikeluarkan oleh syarikat insurans
     - barang dilindungi daripada segala risiko
     - pengimport buat tuntutan ganti rugi daripada syarikat insurans
     - penting untuk dapat pinjaman/kredit berdokumen dan untuk
       dimuatkan ke dalam kapal
     - bayaran polisi – pengimport/pengeksport

·         Dokumen Kastam
- Borang Perakuan Kastam
              - barang tidak boleh dibawa masuk jika duti tidak dibayar
·         Dokumen Pembayaran

- Bil Perintah Bayar
              - alat pembayaran
              - pengeksport kepada pengimport untuk ingat bayaran

          - Kredit Berdokumen
          - surat kredit yang dikeluarkan oleh pengimport
          - bank menjamin akan membayar segala bil yang dituntut oleh
           pengeksport

               - Surat Cagaran
              - dihantar oleh pengeksport kepada bank pengimport
              - bank pengimport diberi kuasa untuk menjual barang jika
                 pengimport gagal membayar/enggan menerima barang